Ketenangan jiwa penting untuk memastikan hidup yang sihat dan sejahtera. Ketenangan jiwa ada kaitan dengan pemikiran, maka adalah penting seseorang manusia itu melakukan sesuatu yang boleh menjamin ketenangan jiwa. Supaya manusia itu mampu membuat kebaikan dan menjauhi kerusakan.
Berikut adalah antara tips untuk menenangkan jiwa:
1) Berpeganglah pada sesuatu yang ada bukti-bukti yang nyata, jelas, kukuh, berfakta yang dibenarkan oleh hukum alam dan jauhilah dusta dan perkara yang diada-adakan.
2) Perbanyakkan membuat kebaikan kerana segala yang baik menghapuskan dosa.
3) Tidak mencintai dunia iaitu dengan cara sedar bahawa dunia ini sekadar persinggahan sebelum tiba hari Akhir. Selalu ingat kematian.
4) Perbanyakkan memberi daripada mengharap menerima sesuatu daripada orang lain.
5) Lakukan segala sesuatu yang bermanfaat untuk kepuasan diri, bukan kerana mengharapkan upah, pujian atau pangkat.
6) Mengasihi sesama manusia, dan jauhi permusuhan serta mudah memaafkan orang lain.
7) Jangan menganiaya atau bersubahat membuat kejahatan kerana setiap dosa menghapuskan amal kebaikan. Malah balasan Allah terhadap segala kejahatan itu menyebabkan jiwa tertekan.
8) Tidak cepat berputus asa dengan rahmat Tuhan dan sentiasa optimis dalam menempuh cabaran mendatang.
9) Tidak menyalah apa yang ditakdirkan. Redha menerima apa yang Allah tentukan dengan kuatkan kesabaran.
10) Tumpukan pada sesuatu bidang yang diminati kerana ia boleh membentuk kekuatan jiwa dan kesabaran.
Tips Menenangkan Jiwa
03.12 |
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar